.

# # # # # - Aku Hanya Seorang Insan yang tak lepas dari dosa dan noda, dalam sedar mahupun tidak. Hanya taubat pengharapanku pada Nya - # # # # #

Monday, November 7, 2011

Wahai sekalian...



Lelaki..
Bilamana ada insan yang menyayangimu..
Jangan kau ambil kesempatan atas kasih sayangnya..
Wanita..
Bilamana kau punya rasa sayang pada insan..
Jangan kau biar dia mempergunakan kesempatan yang ada..

Lelaki..
Bilamana ada insan menyayangimu..
Jangan kau perlakukan dia seperti hamba..
Seolah - olah dia tidak ketahui apa sebenarnya yang kau rasa..
Wanita..
Bilamana kau punya rasa sayang pada insan..
Jangan kau biar rasa sayang itu melebihi rasa cintamu pada Allah..
Hingga kau sanggup diperlakukan oleh dia yang entah siapa..

Lelaki..
Bilamana ada insan yang menyayangimu..
Jangan kau biar hatinya terluka kerana tingkahmu bersama yang lain..
Wanita..
Bilamana kau menyayangi seseorang..
Jangan sampai emosi mu melebihi rasa kasih dan sayang pada Allah...

Lelaki..
Bilamana ada insan yang ikhlas menyayangimu..
Ketahuilah..
Dia pasti akan memastikan kebahagiaan terpancar di wajahmu..
Biarpun dalam dirinya terselit kedukaan..
Takkan pernah sekali dia pamerkan..
Walau terkadang di ulit kemarahan..
Wanita..
Bilamana ada insan yang ikhlas menyayangimu..
Ketahuilah..
Dia pasti akan berlaku jujur denganmu..
Biarpun kejujuran itu melukakan jiwamu..
Walau dia tahu kau pasti akan pergi meninggalkan dia..
Asal saja dia tidak berpura - pura dalam mengenali dirimu..

Wahai Lelaki..
Engkau pemimpin..
Pimpinilah wanita yang engkau kenali..
Bukankah wanita perlu dilontar dengan lembut..
Jangan pula kau tambah merosakkan dia..
Didiklah dia dengan kebenaran..
Bukan sekadar kiasan dan hiasan..
Yang bisa menghancurkan dirinya..
Boleh jadi dia lelah dalam ujianmu..

Wahai wanita..
Engkau terlalu berharga..
Jangan kau menanti sesuatu yang tidak pasti..
Jangan kau berharap pada yang belum kau ketahui..
Jangan kau menghambakan diri dengan penuh setia..
Pada seseorang yang belum pasti menjadi pendampingmu..
Kelak kau yang akan merana..
Jangan kau tangisi mereka yang bukan lagi sesiapa bagi dirimu..
Kerana harga dirimu terlalu tinggi..

Wahai sekalian..
Fahami dan ketahuilah..
Terkadang apa yang dilakukan bukanlah apa yang dipinta untuk kepentingan diri..

Wahai sekalian..
Jika kau benar dengan dirinya..
Maka kau temuilah walinya..
Mintalah izin dari mereka..
Agar kau mampu menjadi yang halal bagi dirinya..
Bukan sekadar bermain kata..
Menabur janji yang mungkin tersia..

Wahai sekalian..
Jika kau benar dengan dirinya..
Terimalah ketidaksempurnaan dirinya..
Bukan sekadar melihat kesempurnaannya..
Jika kau benar dengan dirinya..
Bimbinglah dia ke jalanNya..
Bukan sekadar hadir tika sukanya..
Dan pergi bila datang dukanya..
Jangan kau biar dia terkapai - kapai..
Agar kau tak sesal..
Bila melihat dia pergi di depan mata..
Sedang memang kau tahu..
Dialah yang benar untuk kalian..
Jangan kau sesal..
Bila melihatnya di depan mata..
Dan kau tak mampu untuk berada disebelahnya..

* Bukankah jalan takdir itu sudah dia tentukan...
   Apa jua kepastian, adalah kehendak bagi diri Nya..
   Sesempurna mana pun rancangan insan..
   Sempurna lagi ketentuan Allah SWT...


Sebaik - baik cinta adalah cinta Allah.. Bila kau ikhlas mencintai Allah, nescaya Dia akan melabuhkan cintamu pada yang benar - benar cinta akan Nya.. Dan bila kau sudah mendapatkannya, jagalah ia sebaik dan semampunya agar kau tidak tunduk pada nafsu dan cinta manusia.. Kerana semulia - mulia penghambaan hanyalah di hadapan Allah SWT..

Macam first time.

Assalamualaikum,

Wahh, dah lama rasanya tak update blog. uhue~ almaklumlah, sebagai student. Syukran pada yang masih lagi tinjau2 blog nihh. Walaupun dah lama xupdate. huk2.

Urmm, terasa macam baru first time puler wat blog. Serius ! minda kosong. Bermacam idea muncul sebelum ni. Cuma xda kesempatan nak update. Tapi tapi tapi, bila dah sign in kaku pulak tak tahu nak buat ape. hehek.

Bertenang~!
Bukankah dengan bertenang segalanya akan jadi mudah.. =)

Mula2, tukar lagu. hehe. Juz nice to hear dis song. Luv it !
Layout ? umm, macam tak perlu. Lagipun xda la jemu sangat layout nihh. hee~

Post ! Post ! Post !
Tunggu ada idea. Mudah mudahan Dia beri ilham. Setelah banyak perkara yang Dia tunjuk pada hambaNya dalam setiap ujian yang Dia datangkan. Moga moga hati menjadi lebih ikhlas. InsyaAllah.

Friday, June 24, 2011

Dia genggam katamu...

"Sampai mana kau bertahan ?"
"Bila-bila pun..."
"Jangan kau rebah."
Ya, kan dia ingat kata-kata itu seperti kehendakmu, sampai bila-bila...
Biar apa pun yang datang menerjah, kan ditahan semuanya...
Takkan pernah dia cuba untuk merasa sakit...
Takkan pernah sesekali dia cuba untuk menitiskan air mata...
Kerana dia tidak akan pernah sesekali meletakkan kesalahannya atas seorang manusia yang bergelar insan...
"Biarlah kau beralah menjadi pembicara hebat, asal saja kau boleh berdiri teguh pada paksiNya."
Ya, kan dipegang setiap katamu itu sebagai satu amanat...
"Dia tahu apa yang terbaik dan Dia adalah sebaik perancang."
"Selalulah beringat, ikhlas adalah rahsia Allah." 
Bukan sekadar mengingat, tapi kan digenggam setiap katamu itu...
Malah kan disemat jua di dalam dada...

Katakanlah apa pun...
Kan dia tahan semuanya...
Kerana itu yang terbaik...

Biarlah dia yang bersalah di hadapan seorang insan...
Kerana dia tidak pernah menjaga hati seorang insan...
Dan kerana itu dia khuatir...
Sekiranya dia melukai hati seorang insan...

Kerana dia keliru...
Apa yang ada dalam sanubarinya...

Dan dia khuatir...
Sekiranya dia menghancurkan segenap hati seorang insan...
Kerana itu dia menafikan segala apa yang ada dalam sanubarinya...
Walau terkadang dia membenci perilakunya...
Kerana dia tahu kelukaan yang ada dalam hati seorang insan...

Biarkan dia sendiri menyepi...

Maafkan atas segala keterlaluannya...
Terima kasih atas semuanya...

Biarkan dia sendiri mencari erti peribadi hati...
Biarkan dia sendiri mencari erti jati diri...
Bila saatnya dia sudah benar-benar bersedia, Engkau berikanlah dia jalan...
Bila saatnya sudah tiba, Engkau cabutlah nyawanya...Allah~
"Muktamad."
Dan itu noktahnya...
Biarkan setiap kenangan itu bersemi dalam jiwanya...
Hingga saat nafasnya terhenti...



Monday, June 20, 2011

Allah, aku takut...

Bila hati menjadi gusar, hamba benar memerlukan...
Walau jauh jarak perjalanan namun di hati kan tetap selalu...
Walau jarang kelihatan tapi yakin kan sentiasa di sisi...
Tika saat hilangnya semangat, yakinlah...
Kerana Allah sentiasa ada...
Walau hati gentar menempuh segala...
Tabahlah, kerana Dia tahu segalanya...
Allah, aku takut....
Lindungilah aku.... (T_T)

Tuesday, June 14, 2011

Monday, June 6, 2011

Bicara apa lagi...

Salam sayang sahabat ! Lagu ni membawa erti yang amat mendalam...
Jadi ana letak liriknya sebagai post baru ana...
Hayatilah... ^__^

Janjiku, di suatu ketika...
Bahawa aku takkan menduakanmu...
Dan aku takkan biar sesiapa...
Cuba memalingku dari jalan bahagia...

Ternyatalah, perjalanan ini...
Tidak semudah yang ku tafsirkan...
Jalannya beribu, durinya berliku...
Jika tersilap langkah menyesal untuk selamanya...

Kasih andai cinta yang ku semai...
Rapuh menanti di tewas dugaan...
Maafkan aku kiranya tak tertanggung...
Segala harapan yang diberikan...
Maafkan aku yang tidak berdaya...
Kerna bukan niatku untuk melakukannya...

Kasih andai cinta yang ku semai...
Rapuh menanti di tewas dugaan...
Maafkan aku kiranya tak tertanggung...
Segala harapan yang diberikan...
Mungkinkan ada pengampunan dariMu...
Kembalikan fitrah kehambaan padaku...
Hinanya aku merayu padaMu...
Setelah kering dosa yang aku lakukan...
Maafkan aku yang tidak berdaya...
Kerna bukan niatku untuk melakukannya...

Selamat mengembara ke dalam blog ana ! (n_n)

Saturday, June 4, 2011

Tenanglah hati~

Ya Allah....
Dalam kesamaran Engkau suluhkan cahaya....
Jalan yang gelap Engkau terangi dengan sinar cintaMu....
Alhamdulillah, ku panjatkan tanda syukur padaMu....
Biar apa jua tohmahan....
Akan ku harunginya dengan tabah dan sabar....
Kerna aku tahu....
Semuanya adalah ujian dariMu....
Allah....
Hanya Engkau yang tahu....
Apa niatku itu....
Ampunilah daku......

Tuesday, May 24, 2011

Bicara lagi....

Salam sayang sahabat semua !

Tiada apa yang mahu ana bicarakan di sini... Hanya mahu berkongsi beberapa ilmu...
Sahabat, bagaimana kita mahu mempelajari ilmu dengan lebih mendalam ?
Hmmm,,,, sudah tentunya dengan seorang guru mursyid kan..?
Bagaimana pula mahu mengetahui seseorang itu guru mursyid atau tidak...??
Mai sini kita cerita..hehe :-

Guru Mursyid itu mempunyai beberapa ciri-ciri untuk kita ketahui bahawa dialah guru murysid. Malah, ulamak sekalipun perlu ia kepada guru murysid.



Ciri-ciri tersebut secara ringkas adalah seperti berikut:

1. Mursyid itu ilmunya bukan daripada orang lain. Jarang dia bercakap begini; “Mengikut tok guru saya”. Ilmunya pun tidak merujuk buku, dan wajarlah jarang dia bercakap “mengikut buku sekian, sekian”. Sebenarnya guru mursyid itu diajar oleh Tuhan. Tuhan ambil alih untuk didiknya, berinya ilmu. Sepertimana maksud firman Tuhan “..dan Allah akan ajar orang bertaqwa.” Maksudnya di sini guru itu mendapat ilham. Mendapat ilmu direct daripada Tuhan. Dia tidak perlu merujuk kepada sesiapa tetapi Tuhan.

Tetapi guru itu tidak membawa ajaran baru. Syariat tetap syariat Rasulullah, tinggal lagi proses dia mendapat ilmu itu tidak melalui universiti Islam atau guru biasa. Zaman berubah, tamaddun berubah, fikiran dan cara hidup manusia berubah. Oleh itu tafsiran ayat-ayat Al-Quran atau hadis perlu difahami sesuai dengan zaman yang beredar. Di sinilah peranan ilham. Ilham diberi oleh Tuhan kepada orang-orang yang dipilihNya atau wakilNya untuk menerangkan maksud ayat-ayat dan hadis di dalam konteks dan suasana zaman yang berkenaan.
Al-Quran, hadis dan hukum-hakam tidak berubah. Ia didatangkan melalui wahyu dan sudah lengkap. Tetapi fahaman terhadap ayat dan hadis itu boleh dijelaskan, dikuatkan atau ditambah dengan fahaman-fahaman baru dengan tidak menafikan fahaman-fahaman lama, sesuai dengan perubahan dan peredaran zaman dan tuntutan semasa.

2. Mursyid itu bukan cakap sahaja. Tetapi dia itu berbuat. Maksudnya apa yang diperkatakannya, yang diajarkannya itu sudah mendarah mendaging dalam kehidupannya. Orang bukan sahaja boleh belajar daripada cakapnya tetapi perbuatannya. Dia adalah living model kepada anak muridnya. Orang boleh tiru lahirnya seperti cara dia berpakaian, cara dia makan, berkeluarga, bergaul dan bermusafir. Rohaniahnya seperti sabar, kuat jiwa, kasih sayang, pemaaf dan pemurah. Ibadahnya seperti sembahyang dan puasa. Samalah dia seperti Rasulullah, di mana beliau juga contoh teladan kepada sahabat dan orang lain.

3. Mursyid itu dia dianugerahkan Tuhan kelebihan. Jika rasul itu ada mukjizat, mursyid itu ada karamah atau kemuliaan, kelebihan istimewa diberikan Tuhan kepadanya, atas ketaqwaannya. Karamah itu ada dua bentuk. Ada karamah lahir. Ada karamah maknawi. Karamah lahir itu dia boleh berjalan atas air. Boleh hilangkan diri. Tetapi ini kurang penting berbanding karamah maknawi. Karamah maknawi itu adalah seperti;

  • · Boleh mendidik hati manusia dari jahat kepada baik 
  • · sangat sabar dengan karenah pengikut 
  • · lidahnya masin yakni bila bercakap orang akan dengar
  • · dia boleh mengetahui penyakit hati anak muridnya sebagai panduan mendidik
  • · Mendapat berita-berita ghaib sebagai panduan untuk bertindak

Sahabat ! itulah secara ringkasnya bagaimana kita mahu mengenali seorang guru mursyid...
Ana hanya mahu berkongsi apa yang ana tahu..
Dan yang pasti Dia itu lebih mengetahui...wallahu'alam...(n_n)

Sunday, May 15, 2011

Dari'Q...


 ...Teman...
...Kehidupan ini merupakan ujian dariNya...
...Dari saat roh ditiupkan ke jasad..
Sehinggalah ke hembusan nafas yang terakhir...
...Kita kan tetap diuji olehNya...


...Janganlah dikau tersungkur dalam terang cahaya malam...
...Nyalakan lilinmu agar tersuluh jalanmu untuk mengejar REDHA ALLAH...
...Kerana kehidupan kita di dunia inilah penentu kehidupan di akhirat nanti...


...Dan aQ kan tetap sentiasa menemani di saat kau memerlukan...
...Biar apa jua hinaan aQ tetap tidak kan berganjak...
...Kerana aQ tahu bahawa Allah itu Maha Mengetahui...


...Tak perlu aQ kau hargai...
...Cukup sekadar kau manfaati...
...Agar kau dapat apa yang kau cari...
...Kerana itulah aQ... 
...Yang sentiasa menutupi rahsia hati...
...Agar tak mudah untuk kau fahami...




...Maafkan aku teman...
...Kerana Allah Maha Menyayangi...
...Dan aku tak mahu kau jadi seperti dirinya...
...Kerna itu yang aku khuatir...


~ Syazana Al Marwa El Razinah ~

 

Kenapa hadir rasa sebegini ?



Ya Allah...
Dalam rintik hujan kutangisi hati...
Betapa lemah kalbu ini...
Mencuba bersembunyi di sebalik senyuman palsu...
Namun, tetap sahaja hati ini tiada tenang...
Kaulah yang Maha Membolak balikkan hati...
Lindungilah aQ dari rasa ini...
Biarlah tangis'Q hanya untuk meratapi dosa'Q sahaja...
Berikanlah aQ pelangi Ya Rabb...

- Doa seorang sahabat -

Persis diri ini...
Allah, sungguh aku berdosa...
Tidak ada yang layak untukku di dunia ini...
Segalanya hanya milikmu...
Sungguh aku ini zalim...
Selayaknya aku dihina olehMu, wahai Allah...
Lepaskan lah segalanya...
Biarlah hanya cintaMu yang menyelubungi jiwa ini...
Biarlah hanya kasihMu yang bernaung di hati ini...
Dan biarlah hanya rinduMu yang melindungi hati ini...

Rasa sebegini...
Tertusuk di kalbu...
Kekeliruan...
Yang akhirnya...
Membawa kepada kelukaan.... ='(

Saturday, May 14, 2011

Sahabat, jagalah...

" Ana , kenapa perlu jaga hati seorang manusia..? " Seorang sahabat bertanya.
" Hablumminannas.. adab sesama insan. Setiap manusia punya hati dan perasaan. Dan juga saling bersaudara. "
" Macam mana pula kalau xda niat tapi tersakitkan ana..?" Soalnya lagi.
" Itu lumrah alam,, fitrah manusia yang bergelar seorang insan.. Manusia tidak sempurna. Dan terkadang pula dalam kita cuba menjaga hati seseorang, tanpa sedar kita telah menyakitinya.. Kerana manusia juga punya hati yang berbeza. Dan yang membezakannya itu pula adalah iman yang terletak di sanubarinya. Allahu'alam.. "
Soalan itu sering bermain di minda.
Sering kali kah aku menyakiti hati setiap mereka yang ada di sekeliling ku ?
Acap kali kah aku menyakiti saudara-saudara  ku ?
Berapa kali pula aku menyakiti keluarga ku ?
Bagaimana pula dengan kedua ibu bapa ku ?
Jika dikira dari sudut zahirnya, sungguh tidak terkira.
Bagaimana pula dengan setiap tingkah laku dan gerak geri tanpa sedar ?

Allah....
Tidak terungkap...
Tak mampu ana ucapkan...
Alhamdulillah,
Terima kasih kepada sahabat...
Kerana setiap persoalannya sering mengingatkan ana akan kelemahan yang ada pada diri ana sendiri...

" Habis tu apa yang patut dibuat ana ? " Tambahnya lagi.
" Bila kita dah buat salah, apa yang perlu kita lakukan sahabat...? "
" Tak tahu ana ! anaaa ! ! "
" Minta maaflah... "
Kemaafan itu lebih baik. Dan sebaik-baik kemaafan apabila kita memohon ampun kepada Allah. Itulah yang utama. Kemudian baru diikuti yang seterusnya.

Ihtiram...
Ertinya saling menghargai atau menghormati kepada semua manusia.
Saling harga menghargai adalah satu sikap yang harus dimiiki oleh setiap muslim sebagai wujud dari Akhlaqul mahmudah...

Sahabat,
Hargailah setiap insan yang ada di sisimu...
Hormatilah setiap insan yang berada di sekelilingmu...
Boleh jadi engkau akan pergi dahulu sebelum sempat menebus dosa-dosamu...
Dan tidak mustahil mereka pula yang akan meninggalkan engkau terlebih dahulu...
Kerana segalanya Milik Dia sahabat...
Segalanya milik Al-Khaliq...

Tapi bagaimana ?
Ingat ! 2 perkara yang seharusnya dipegang...
  • Kebaikan orang lain terhadap diri kita.
  • Keburukan kita terhadap orang lain.
Lupakan ! 2 perkara yang seharusnya dibuang...
  • Kebaikan kita terhadap orang lain.
  • Keburukan orang lain terhadap diri kita.
Sahabat....
Kesilapan yang ada pada setiap insan yang lain tidak mustahil akan ada dalam diri kita. Tidak ada manusia yang sempurna melainkan para nabi yang maksum sifatnya.
Jangan sampai kelalaian yang ada dalam diri itu menjadikan kita angkuh...
Muhasabahlah...

Sahabat, jagalah...
Jagalah hatimu...
Jika kamu menjaga hatimu sendiri...
Hati insan yang lain juga pasti akan terjaga...
Letakkan segalanya pada Yang Esa...
Berzikirlah sentiasa...
Agar disuluh cahayaNya...
InsyaAllah....

BarakAllah.... =)




Tuesday, May 10, 2011

Segalanya hilang.......





Manis bicara bermadah kata...
Hingga akhirnya tiada apa yang tercipta...
Bergunung janjinya...
Hanya sekadar kata-kata...

Hilangnya segala keyakinan...
Terbangnya segala kepercayaan...




Segalanya jauh....
Semakin jauh...

Tiada apa yang tinggal...
Hanya secebis belas kasihan...

Sampai bila harus bertahan...

Leraikanlah segala persoalan...
Lenyapkanlah segala kedukaan...
Agar terubat segala kelukaan....

Biar apa jua keputusan...
Biarlah tersimpul dari persetujuan...




Andai ada yang terluka...
Biarlah aQ yang jadi mangsanya...

Allah !


Monday, May 9, 2011

'abduNya yang hina


Ya Allah
Segalanya hanya milikMu


Wahai Allah
Hanya satu yang aQ pinta
Biarlah dia yang berada di sisi'Q

Yang selalu mengingatkan'Q
Akan segala dosa dan noda'Q
Yang selalu menyedarkan'Q
Saat'Q hanyut dibawa arus
Yang selalu menenangkan'Q
Saat'Q resah dilambung gelora

Meski pun dia tidak pernah tahu
Cukuplah hanya Engkau yang ketahui


Ya Allah
Jika tidak dia sebagai pembimbing'Q
Biarlah dia sentiasa di sisi'Q 

Walau apa pun Ya Allah
Ia tetap hanya satu






Saturday, May 7, 2011

Redha segalanya

...Ya Allah...
...Luaskan jalan yang sempit itu...
...Lapangkan sesak nafasnya...
...Agar dia dapat menikmati segala ciptaanMu...

...Ikhlaskan hatinya...
...Terangilah jiwanya...
...Bukakan mindanya...

...Sungguh lama dia mencari...
...Hingga akhir dia temui jawapan...
...Adakah dirinya yang bersalah...

...Ampuni segala dosa dan noda...
...Sucikan hatinya...

...Kan disematkan dijiwanya...
...Kan dihargai segalanya...
...Walau dia tahu penghujungnya...
...Segalanya bukan milik dia...

~ Allahu Rabbi ~

Tuesday, May 3, 2011

Fahamilah,dia perlukan masa...


...Allah'Q...
...Perjalanannya menuju redhaMu...
...Langkah kakinya hanya berpaksikan jalanMu...
...Namun Begitu...
...Jalannya sungguh berliku...

...Allah'Q...
...Terangilah hatinya...
...Suluhkan cahaya di jalannya...
...Hilangkan keraguan di mindanya...
...Yakini lah dirinya....

...Allah'Q...
...Dia tahu Engkau sentiasa bersamanya...
...Jangan biarkan dia hanyut dan terleka...
...Dari terus mencintai dan merinduiMu...

...Allah'Q...
...Berikan dia jalan...
...Dalam setiap sujudnya...
...Suluhkan dia jalan...
...Dalam setiap titisan air matanya...

...Allah'Q...
...Terkadang hatinya tidak mampu lagi tertahan...
...Terkadang dirinya tidak mampu lagi bertahan...
...Namun masih lagi dia gagahi perjalanan...

...Allah'Q...
...Bilakah kebahagiaan kan muncul bagi dirinya...
...Dia bukanlah seorang nabi...
...Apalagi untuk menjadi seorang wali...

...Dia hanyalah dia...
...Dan dia hanyalah insan biasa...

...Allah'Q...
...Bantulah dia dalam setiap pemulihan...
...Bimbinglah dia dalam setiap kesedihan...

...Allah'Q...
...Dia tidak mahu menyakiti hati yang lain...
...Dia tidak mahu lagi meletakkan keegoan di paras yang tinggi...
...Dan tidak mahu lagi hatinya dia zalimi....

...Bantulah dia....
...Sungguh dia menyayangi...
...Kerana Engkau Maha Penyayang...
...Sungguh dia mencintai...
...Kerana Engkau Maha Mencintai...

...Tidak mampu lagi dia menutupi segala rahsia hatinya...
...Namun terus digagahinya jua...
...Walau hanya dengan sekuntum senyuman...

...Dan dia masih mensyukuri...
...Kerna hambaMu itu ada disisi...
...Walau tak pernah ketahui apa yang ada di dalam hati...

...Sungguh Ya Allah...
...Dia perlukan masa...
...Untuk ketetapan hatinya...
...Dia perlukan masa...
...Untuk menenangkan jiwanya...

...Cerita hatinya...
...Hanya Engkau sahaja yang ketahui...



♥ ♥ ♥ ~ Berolah ~ ♥ ♥ ♥ )


Monday, May 2, 2011

Jangan Bersedih...


Jangan bersedih bila kamu tidak dikasihi....
Tapi bersedihlah bila kamu tidak mampu untuk mengasihi....
Kerana mahabbah itu fitrah setiap insan...

mahabbah...?
Cinta dan Kasih sayang....
Kalau cinta boleh hadir dalam sekelip mata...
Tidak mustahil ianya juga akan hilang dalam sekelip mata....

Kenapa..?
Kerana cinta dan kasih sayang bukan milik kita...
Segala apa yang ada sebenarnya bukan milik kita...
Ianya milik Pencinta Hakiki...
Allahu Rabbuna...

Justeru bagaimana...?
Bersyukurlah dengan segala ketentuan....
Tidak perlu dipaksa dan tidak perlu dicari...
Dan jangan pula sesekali menafikan ia...

Dan nikmat yang paling besar....
Bila kita benar-benar merasai...
Rasa Cinta dan rindu pada Sang Khaliq...
Dan jua  pada kekasihNya

Apa yang harus kita lakukan...?
Muhasabahlah...
Bolak baliknya hati masing-masing....

Saturday, April 30, 2011

~ undefined ~

Dalam setiap sebuah pertemuan....
Pastikan ada perpisahan....
Akankah kita berjumpa di akhirat nanti...?
Hanya Allah sahaja yang mengetahui....
Apa yang ada di dalam hati seorang hamba...
Hanya Dia sahaja yang fahami...
Kerana Dialah Yang Maha Memahami....

Sungguh derita...
Bila keterpaksaan itu hadir...
Dalam jiwa seorang hamba....
'AbduNya yang sungguh hina...

Sekuntum senyuman....
Hanya sekuntum senyuman....
Yang mampu mengaburi pandangan mereka...
Dari melihat apa yang wujud di dalam hatinya....

Rahsia hati....
Cukuplah hanya sekadar dia dan penciptanya sahaja yang tahu....

Sandarkan segalanya pada sang Khaliq...
Hanya itu sahaja yang dia mampu lakukan....
Agar dia redha atas segala ketentuan...
Dengan sebenar-benar keredhaan...
Kerana hidupnya dia di muka bumi ini...
Hanyalah untuk mengejar keredhaan Illahi...

Walau zahirnya tidak kelihatan...
Tapi cukuplah...
Cukuplah hanya dia dan penciptanya sahaja yang tahu....

Cekalkan hati....
Tebalkan iman....

Sungguh !
Dialah 'abduNya yang hina itu......

Wednesday, March 9, 2011

Hati

 Hati...
Kebahagiaan itu tidak kan datang selalu...
Kesedihan itu pasti kan berakhir jua....
Dan yang pasti...
Kesabaran itu tiada had hujungnya...
Redhalah....
Sesungguhnya..
Allah Maha Memahami...

Monday, March 7, 2011

Allah'Q



Allah'Q...
Bayangan itu selalu muncul di mindanya...
Sukar untuk dia menghapuskannya...
Pastikan muncul semula....

Allah'Q...
Jauhilah hatinya dari termakan pujuk rayu durjana...
Jauhilah dirnya dari digoda si laknatullah...

Sungguh dia tidak mahu berpaling hati....
Sungguh dia tidak mahu berubah hati...
Sungguh....

Allah'Q...
Berilah petunjukMu padanya...
Sesungguhnya dia takut Ya Allah...
Dia takut akan segala perkara yang bakal Engkau tentukan baginya...
Tapi Ya Allah...
Walau apa pun jua ketentuanMu...
Pastikan dia meredhai segalanya...
Kerana dia tahu...
Segala apa yang tertulis untuknya..
Adalah jalan yang terbaik dariMu...

Allah'Q...
Tetapkanlah hatinya...
Lapangkanlah dadanya...
Tenangkanlah jiwanya....
Tebalkanlah imannya...

Allah'Q...
Bantulah dia dalam mencari jawapannya...
Hanya Engkau tempat dia memohon pertolongan...
Hanya Engkau tempat dia memohon perlindungan...
Kerana Engakau Maha Melindungi...
Kerana Engkau Maha memberi pertolongan....

Friday, March 4, 2011

Surat cinta untukmu teman

Bunuhlah aQ dari kau terus memfitnah'Q...
Itu kan lebih baik....
Kerana fitnah itu terlalu besar...
Lebih besar dari suatu pembunuhan...

Pilu...
Kasihan...
Sedih...
Atau perlukah aQ bersimpati...?
Padamu yang mengerti tentang itu tetapi tidak mahu memahami...

Setiap bait dan kata yang kau lontarkan...
Menyerlahkan lagi kejahilanmu itu...
Tidakkah kau sedar wahai saudara'Q..?
Ya,memang benar kita saling mengenali...
Tapi kita tidak kan pernah saling mengetahui antara satu sama lain...
Mungkin kejayaan kini kau rasakan milikmu...
Tapi ingatlah...
Ingatlah pada Dia yang Maha Mengatahui segala kebenaran...(n_n)

Berpura-puralah pada mereka...
Yang kau mahukan simpati darinya...
Kerana itu memang hak bagi dirimu...
Tapi tidakkah pernah kau terfikir...
Bagaimana saatnya nanti...
Pabila mereka mengetahui tentang sikapmu yang sebenar...
"Kebaikan" mu yang sebenar terhadap "rakan seperjuanganmu" itu..??
Lambat atau sebaliknya...
Itu hanya Dia yang menentukannya...

Tapi cuma satu pesan'Q...
Buanglah...
Jauhilah...
Lindungilah...
Hatimu dari terus berprasangka...
Pada insan-insan yang lain....
Sucikanlah hatimu...

Mungkin kini kau mampu tersenyum tertawa...
Tapi bila tiba saatnya nanti...
Jangan kau berduka dalam senyum tawamu...
Dek kesilapanmu yang sedang kau lakukan kini...
Kerana keangkuhan dan kejahilanmu...
Yang hanya memikirkan kebaikan dirimu...

Ingatlah 4 perkara yang sebenarnya...
Buanglah 4 perkara sebaliknya yang kau pegang kini...

Maafkan andai bicara'Q ini mengusik jiwamu...
Maafkan andai bicara'Q ini menyuntik hatimu...
Maafkan andai bicara'Q sering menyakiti hatimu...

Bukan aQ sengaja...
Dalam setiap percakapan'Q...
Dalam setiap perbuatan'Q...
Ada sebab dan musabab yang terselindung disebaliknya....
Fahamilah....

Sesungguhnya...
Allah bersama-sama hambaNya yang benar...
Kerana kebenaran itu hanya milik Dia...
Bukan kita hambanya yang kerdil....

Tuesday, February 1, 2011

Pengorbanan....

" Kebahagiaan memerlukan pengorbanan.... "

Adakalanya....
Kita kan bahagia bila melihat...
Mereka yang kita sayangi tertawa...
Biarpun hati kita yang terluka....

Senyuman yang terukir di bibir...
Menenangkan rasa hati yang gundah gelana...
Mungkin ada baiknya...
Pengorbanan yang kita lakukan....
Berdoalah padaNya...

Allah Maha Rahsia...
Dia tidak kan pernah sesekali...
Membiarkan hamba-hambanya berduka....
Kerana itu Dia kan sentiasa berada disisi...

Tapi kita..???
Terkadang kita lupa....
Terkadang kita alpa....

Berfikir sejenak....
Setiap apa yang ditakdirkan untuk kita...
Baik musibah atau ganjaran dariNya...
Takkan pernah terjadi jika tanpa izinNya....
Kun Fayakun....
Maka redhalah....
Dengan sebenar-benar keredhaan...
Kerana Allah Maha Meredhai...


Setiap pengorbanan yang kita lakukan...
Pasti kan ada hikmah yang cukup indah tersirat disebaliknya...
Kita takkan penah mengetahuinya...
Percayalah...
Sesungguhnya....
Allah Maha Rahsia...

Monday, January 31, 2011

Biarlah....


Butanya hati....
Untuk apa perlu ada rasa prasangka...
Pada dia yang tidak mereka kenali....
Untuk apa perlu ada rasa buruk sangka...
Pada dia yang mereka belum ketahui....
Dia tidak pernah melakukan sesuatu yang sia-sia....
Dia tidak pernah menimbulkan sesuatu yang sia-sia...
Dia tidak pernah ada rasa untuk melakukan sesuatu yang sia-sia....



Tapi malangnya...
Mereka sering berprasangka padanya...
Mereka sering punya rasa tidak puas hati dengannya...
Dan dia hanya diam membisu...
Kerana itu hak mereka....
Kerana itu hati mereka...
Biarlah anggapan mereka padanya...
Dia tidak pernah peduli...
Kerana dia tahu...
Siapa dia sebenarnya...
Kerana Allah tahu...
Siapa dirinya yang sebenarnya...
Dan hanya Allah yang tahu....
Apa kurnianNya padanya...
Dan dia tidak pernah berbangga...
Bahkan dia tidak pernah berburuk sangka dengan mereka...
Sedangkan dia tahu hati-hati mereka...
Kerana Allah lebih tahu akan hati-hati hamba-hambaNya....
Dan dia hanya membiarkan mereka menilai dirinya....



Kerana pasti mereka akan tahu juga bila tiba saatnya....
Biarpun hatinya sering terluka...

Dan bila sampai waktunya....
Mereka pasti tidak akan berburuk sangka lagi....
Kerana dia...
Hanyalah 'abduNya yang sungguh hina....

Sampai Bila ???


Huru-hara...
Bilakan datangnya kedamaian ???
Bilakah berakhirnya kekacauan ???
Anak-anak kecil yang tidak berdosa menjadi mangsa....
Wanita yang lemah diperkosa...
Remaja pula diseksa...
Duniakah yang kejam ???
Atau manusia yang durjana ???



Sampai bila???
Sampai bila kan terus jadi begini ???
Yang berupaya hanya mampu melihat...
Kaku berdiri tanpa sebarang usaha...
Mana hilangnya semangat juang syahidmu ???
Mana perginya semangat persaudaraanmu ???



Tidakkah Umar al-Khattab menjadi pemangkin keberanianmu ???



Duhai sayang.........
Hati merintih....
Selamatkanlah kami....!!!
Save us....!!!