.

# # # # # - Aku Hanya Seorang Insan yang tak lepas dari dosa dan noda, dalam sedar mahupun tidak. Hanya taubat pengharapanku pada Nya - # # # # #

Sunday, December 19, 2010

Syukur sangat....hehe~



Alhamdulillah....
Nak share rase syukur dengan semua...
Result utk semester ni dpt pointer 3.9....
Syukur sangat dpt anugerah dekan....
Terima kasih Allah'Q....
Moga semester yg seterusnya...
Hingga semester yang terakhir...
Ana dapat istiqomah dekan...
InsyaAllah...
Amin Ya Allah...(n_n)

Jiwa insan


Heningnya malam....
Membangkitkan segenap insan....
Yang punya jiwa seorang hamba....
Insan yang memegang janjinya...
Untuk mengabdikan diri...
Hanya padaMu Ya Rabb....


Menadah tangan hanya untukMu...
Meminta keampunan dariMu....
Atas segala dosa dan noda...
Yang pernah dan telah dilakukannya...
Dalam sedar mahupun tidak....



Titisan air yang mengalir dipipinya....
Lahir dari hati yang tulus suci dan bersih....
Mengharapkan keampunan dariMu....
MaghfirahMu semata-mata....

 Taubatnya....
Adakah Kau terima...
Wahai Allah.....

Tuesday, December 14, 2010

Siapa? Yakinkah? Fahamilah...


Siapa kita yang sebenarnya...
Kalau kita yang di dunia ini juga adalah pinjaman dariNya....



Muhasabahlah sahabat....
Ingatlah akan sifat bujurmu yang hidup sebagai hambaNya...
Kedudukan dan pangkat....
Harta dan darjat....
Mahupun keturunan...
Semua itu hanyalah kebanggaan duniawi yang mampu melalaikan...
Tapi di akhirat nanti.....
Yakinkah kita....?




Mana hilangnya kedudukan dan pangkatmu itu..?
Mana perginya harta dan darjatmu itu..?
Mana lesapnya keturunan yang kamu banggakan itu...?
Semuanya sia-sia....
Kerana yang paling utamanya iman kita....




Iman yang merangkupi segenap aspek untuk mengecap kebahagiaan ukhrawi....
Berfikirlah...
Akal kita dikurniakan Allah untuk dimanfaatkan dengan sebaiknya....
Dan fahamilah....
Setiap bait dan kata....
Kerana ilmu...terdapat dimana-mana sahaja....
Allah Maha Agung..!!!

-_-_-_- undefined -_-_-_-

Rindu~
Shauq~
Kangen~
Longing~
Kěwàng~
Désir~
Lalasa~ 
Setsubo~
Saudade~
Anhelo~
Khwam Prarthna~
Tuzba~

pada nya.......huhu~

Allah'Q..

Ya Allah...
Tabahkan hati ini...
Dalam menghadapi setiap ujianMu...
Jangan biarkan ia terhenti...
Mengucapkan kata syukur padaMu...
Jangan biarkan ia berhenti...
Dari mengingati diriMu...

Sunday, December 12, 2010

Tiada siapa yang tahu



Ya Allah...
Tiada siapa yang tahu....
Apa yang wujud dalam hatinya...
Tiada siapa yang tahu...
Bagaimana perasaannya...
Tiada siapa yang tahu...
bagaimana sakit peningnya....
Tiada siapa yang tahu...
Penat lelah dirinya....


 
Hati...
Bersabarlah.....
Bukan dia sengaja mahu menyembunyikannya...
Bukan dia sengaja mahu merahsiakannya...
Bukan dia sengaja tidak mahu meluahkan segalanya...
Bukan dia sengaja membiarkan ia berlalu begitu sahaja...
Dia tahu apa yang ada dalam hati mereka...
Dia tahu apa yang ada dalam fikiran mereka...
Dia tahu apa yang bermain di minda mereka...
Dia tahu semuanya itu...



Ketahuilah...
Diamnya dia tidak bereti dia mengalah...
Diamnya dia tidak bereti dia menyerah...
Diamnya dia tidak bereti dia bersalah...
Cuma dia tidak mahu mewujudkan kebencian....
dalam hati-hati setiap insan...
Cuma dia tidak mahu menimbulkan api kemarahan...
dalam segenap jiwa setiap insan...
Kerana dia gemar melihat tingkah setiap insan...
Kerana dia gemar menjadi pemerhati setiap makhluk Yang Khaliq....
Kerana dari situ dia memahami erti kehidupan...
Dia sering berfikir akan setiap ciptaan Yang Esa...
Tapi tiada siapa yang tahu apa yang ada dalam akal fikirannya...


 

Cukuplah..
Hanya Ar-Rahim...
Cukuplah...
Hanya Yang Maha Memahami...
Tahu akan perasaannya...
Cukuplah...
Kerana dia...
Hanyalah 'abduNya yang hina....

Wednesday, December 8, 2010

Tulus...


 

Allah...
Tulusnya Engkau di hati'Q....
Selagi ada degup jantung'Q...
Selagi ada denyut nadi'Q...
Selagi ada hela nafas'Q...
Selagi ada Roh kudus'Q...
Selagi ada hayat hidup'Q...
Selagi ada segala pinjaman dariMu...
Selagi itulah aQ hanya untukMu....
Dan segala apa yang wujud dihati'Q...
Hanyalah dengan izinMu...
Jua keranaMu....
Kerana Engkaulah Murabbi'Q....

Mafish Hagah

xde ape..
xde ape la..
xde ape pn..
sume xde ape..
xde ape la...
mmg xde ape la..
mmg xde ape pn..
sje2 je sbnrnye..
hehehe~(n_n)

Sunday, December 5, 2010

Ashwaq


Ya Allah...
Tenangkanlah hati'Q....
Damaikanlah jiwa'Q....
Lindungilah hati-hati ini.....
Liputilah ia dengan penuh rasa cinta....
Serta kasih dan sayang dariMu....
Juga berlandaskan cinta dariMU...
Sesungguhnya....
aQ rindu....
Wahai tuhan'Q.....
(T_T)

Saturday, December 4, 2010

Duhai Hati~

Duhai hati...
Pabila kau bersuara....
Tiada apa yang mampu menghalanginya....
Hati...bersabarlah dengan ketentuanNya....
Hati...jagalah dirimu sebaiknya.....
Hati...jangan biarkan nafsu menguasaimu...
Bahkan biarlah iman menjadi sahabatmu.....
Sahabat yang paling akrab bagimu.....
Kerana iman sahabat yang paling dipercayai.....
Kerana iman sahabat yang paling ikhlas denganmu.....



Duhai hati....
Sedarlah...
Tanpa iman....
Engkau akan sentiasa tersungkur....
Tanpa iman....
Engkau sentiasa berada dalam kegelapan....
Tanpa iman....
Tidak mustahil engkau boleh menjadi kufur....


Duhai hati...
Walau sepedih mana engkau terluka....
Walau sepilu mana engkau berduka....
Walau seteruk mana hancurnya engkau....
Biarlah hanya iman yang menjadi perawat bagi dirmu....
Biarlah hanya iman yang menjadi raja dalam dirimu....
Biarlah hanya iman yang menjadi tonggak perjuangan bagimu....


Kerana iman....
Hanya ia yang mampu membimbingmu....
Kerana iman....
Hanya ia yang mampu mendidikmu....
Kerana iman....
Hanya ia yang mampu memberi ketenangan bagi dirimu....
Kerana iman....
Hanya ia sahajalah yang mampu membawamu meraih cinta yang suci.....
Cinta Yang Hakiki......
Cinta Allahu Robbii.....

 Duhai hati.....
Berjagalah dikau....
Selagi mana roh ini masih wujud dalam jasadnya....

Friday, December 3, 2010

Syukurlah...



Alhamdulillah...ku panjatkan kesyukuran padaMu Ya Allah...
Di suatu malam Engkau gerakkan hati ini untuk melihat insan itu...
Tatkala itu sungguh aQ terpana...
Allah'Q...
Tiada apa yang dapat aQ samakan dengan rasa gembira yang wujud dalam hati'Q ini....
Sungguh Engkau Maha Penyayang....
Masih'Q ingat kata-katanya suatu ketika dahulu....

"aQ nak enjoy..selama ni aQ xpernah enjoy..aQ cume fikir pasal buku..buku,buku,buku dan buku...tapi sekarang...masa untuk buku dah selesai...aQ nak enjoy.........."

aQ terpana Ya Allah tika mendengar kata-kata darinya...
Seorang insan yang pernah ku kenali cukup tegas terhadap dirinya menuturkan kata-kata itu semata-mata untuk suatu  kegembiraan...
Ya..!! Kegembiraan duniawi..!!!
Tapi kini Ya Allah...sekali lagi aQ terpana....
Tatkala melihat perubahan pada dirinya...
Dia semakin dekat denganMu Ya Rabbi...!!!
Dan dia tidak pernah peduli akan kata-kata rakan yang menghinanya....

Dialah...Putera tunggal kedua ibu dan bapanya....
Meskipun dia tidak pernah tahu akan rasa syukur yang wujud dalam hati 'abdu yang hina ini...
aQ akan sentiasa mendoakanmu..
Kerana...kita bersaudara.....
Ya..!! Saudara yang jauh....
Yang pernah mengenali antara satu sama lain....!!

Yang silam itu biarlah berlalu....
aQ tidak pernah menyimpannya sebagai satu dendam.....
Dan aQ masih menerimamu sebagai seorang sahabat......
Sepertimana aQ pernah mengenalimu dahulu....
Walau hanya untuk seketika.....
Kerana kau dan aQ.....
Masih bersaudara.....

Teruskanlah perjuanganmu...
Teruskanlah hijrahmu itu saudara'Q......
Usah pedulikan mereka yang mencerca....
Jangan hiraukan mereka yang menghina.....
Kerana penghijrahanmu itu bakal membawa satu ukhuwwah yang cukup erat....
Bakal membawa satu perubahan yang cukup besar......
Terhadap dirimu dan juga di antara saudara-saudara barumu yang lain.....

Bersabarlah

Ya Allah...
UjianMu terlalu berat...
Tapi apakan daya...
Biar seperit mana dia merintih....
Sesedih mana dia menangis...
Insan itu harus tabah mengharungi segala ujian dariMu..
Tak seharusnya dia mengeluh...
Bahkan seharusnya dia bersyukur...
Semakin besar ujian dariMu Ya Allah...
Semakin sayang Dia pada hamba2Nya....
Sesungguhnya Allah itu Maha Rahsia...
Dan disebalik setiap ujian dariNya itu..
Terselit suatu hikmah yang cukup indah....
Tabahkanlah hatiMu wahai 'abdu yang hina...