.

# # # # # - Aku Hanya Seorang Insan yang tak lepas dari dosa dan noda, dalam sedar mahupun tidak. Hanya taubat pengharapanku pada Nya - # # # # #

Saturday, December 4, 2010

Duhai Hati~

Duhai hati...
Pabila kau bersuara....
Tiada apa yang mampu menghalanginya....
Hati...bersabarlah dengan ketentuanNya....
Hati...jagalah dirimu sebaiknya.....
Hati...jangan biarkan nafsu menguasaimu...
Bahkan biarlah iman menjadi sahabatmu.....
Sahabat yang paling akrab bagimu.....
Kerana iman sahabat yang paling dipercayai.....
Kerana iman sahabat yang paling ikhlas denganmu.....



Duhai hati....
Sedarlah...
Tanpa iman....
Engkau akan sentiasa tersungkur....
Tanpa iman....
Engkau sentiasa berada dalam kegelapan....
Tanpa iman....
Tidak mustahil engkau boleh menjadi kufur....


Duhai hati...
Walau sepedih mana engkau terluka....
Walau sepilu mana engkau berduka....
Walau seteruk mana hancurnya engkau....
Biarlah hanya iman yang menjadi perawat bagi dirmu....
Biarlah hanya iman yang menjadi raja dalam dirimu....
Biarlah hanya iman yang menjadi tonggak perjuangan bagimu....


Kerana iman....
Hanya ia yang mampu membimbingmu....
Kerana iman....
Hanya ia yang mampu mendidikmu....
Kerana iman....
Hanya ia yang mampu memberi ketenangan bagi dirimu....
Kerana iman....
Hanya ia sahajalah yang mampu membawamu meraih cinta yang suci.....
Cinta Yang Hakiki......
Cinta Allahu Robbii.....

 Duhai hati.....
Berjagalah dikau....
Selagi mana roh ini masih wujud dalam jasadnya....

No comments: