.

# # # # # - Aku Hanya Seorang Insan yang tak lepas dari dosa dan noda, dalam sedar mahupun tidak. Hanya taubat pengharapanku pada Nya - # # # # #

Sunday, December 12, 2010

Tiada siapa yang tahu



Ya Allah...
Tiada siapa yang tahu....
Apa yang wujud dalam hatinya...
Tiada siapa yang tahu...
Bagaimana perasaannya...
Tiada siapa yang tahu...
bagaimana sakit peningnya....
Tiada siapa yang tahu...
Penat lelah dirinya....


 
Hati...
Bersabarlah.....
Bukan dia sengaja mahu menyembunyikannya...
Bukan dia sengaja mahu merahsiakannya...
Bukan dia sengaja tidak mahu meluahkan segalanya...
Bukan dia sengaja membiarkan ia berlalu begitu sahaja...
Dia tahu apa yang ada dalam hati mereka...
Dia tahu apa yang ada dalam fikiran mereka...
Dia tahu apa yang bermain di minda mereka...
Dia tahu semuanya itu...



Ketahuilah...
Diamnya dia tidak bereti dia mengalah...
Diamnya dia tidak bereti dia menyerah...
Diamnya dia tidak bereti dia bersalah...
Cuma dia tidak mahu mewujudkan kebencian....
dalam hati-hati setiap insan...
Cuma dia tidak mahu menimbulkan api kemarahan...
dalam segenap jiwa setiap insan...
Kerana dia gemar melihat tingkah setiap insan...
Kerana dia gemar menjadi pemerhati setiap makhluk Yang Khaliq....
Kerana dari situ dia memahami erti kehidupan...
Dia sering berfikir akan setiap ciptaan Yang Esa...
Tapi tiada siapa yang tahu apa yang ada dalam akal fikirannya...


 

Cukuplah..
Hanya Ar-Rahim...
Cukuplah...
Hanya Yang Maha Memahami...
Tahu akan perasaannya...
Cukuplah...
Kerana dia...
Hanyalah 'abduNya yang hina....

No comments: