.

# # # # # - Aku Hanya Seorang Insan yang tak lepas dari dosa dan noda, dalam sedar mahupun tidak. Hanya taubat pengharapanku pada Nya - # # # # #

Tuesday, May 24, 2011

Bicara lagi....

Salam sayang sahabat semua !

Tiada apa yang mahu ana bicarakan di sini... Hanya mahu berkongsi beberapa ilmu...
Sahabat, bagaimana kita mahu mempelajari ilmu dengan lebih mendalam ?
Hmmm,,,, sudah tentunya dengan seorang guru mursyid kan..?
Bagaimana pula mahu mengetahui seseorang itu guru mursyid atau tidak...??
Mai sini kita cerita..hehe :-

Guru Mursyid itu mempunyai beberapa ciri-ciri untuk kita ketahui bahawa dialah guru murysid. Malah, ulamak sekalipun perlu ia kepada guru murysid.



Ciri-ciri tersebut secara ringkas adalah seperti berikut:

1. Mursyid itu ilmunya bukan daripada orang lain. Jarang dia bercakap begini; “Mengikut tok guru saya”. Ilmunya pun tidak merujuk buku, dan wajarlah jarang dia bercakap “mengikut buku sekian, sekian”. Sebenarnya guru mursyid itu diajar oleh Tuhan. Tuhan ambil alih untuk didiknya, berinya ilmu. Sepertimana maksud firman Tuhan “..dan Allah akan ajar orang bertaqwa.” Maksudnya di sini guru itu mendapat ilham. Mendapat ilmu direct daripada Tuhan. Dia tidak perlu merujuk kepada sesiapa tetapi Tuhan.

Tetapi guru itu tidak membawa ajaran baru. Syariat tetap syariat Rasulullah, tinggal lagi proses dia mendapat ilmu itu tidak melalui universiti Islam atau guru biasa. Zaman berubah, tamaddun berubah, fikiran dan cara hidup manusia berubah. Oleh itu tafsiran ayat-ayat Al-Quran atau hadis perlu difahami sesuai dengan zaman yang beredar. Di sinilah peranan ilham. Ilham diberi oleh Tuhan kepada orang-orang yang dipilihNya atau wakilNya untuk menerangkan maksud ayat-ayat dan hadis di dalam konteks dan suasana zaman yang berkenaan.
Al-Quran, hadis dan hukum-hakam tidak berubah. Ia didatangkan melalui wahyu dan sudah lengkap. Tetapi fahaman terhadap ayat dan hadis itu boleh dijelaskan, dikuatkan atau ditambah dengan fahaman-fahaman baru dengan tidak menafikan fahaman-fahaman lama, sesuai dengan perubahan dan peredaran zaman dan tuntutan semasa.

2. Mursyid itu bukan cakap sahaja. Tetapi dia itu berbuat. Maksudnya apa yang diperkatakannya, yang diajarkannya itu sudah mendarah mendaging dalam kehidupannya. Orang bukan sahaja boleh belajar daripada cakapnya tetapi perbuatannya. Dia adalah living model kepada anak muridnya. Orang boleh tiru lahirnya seperti cara dia berpakaian, cara dia makan, berkeluarga, bergaul dan bermusafir. Rohaniahnya seperti sabar, kuat jiwa, kasih sayang, pemaaf dan pemurah. Ibadahnya seperti sembahyang dan puasa. Samalah dia seperti Rasulullah, di mana beliau juga contoh teladan kepada sahabat dan orang lain.

3. Mursyid itu dia dianugerahkan Tuhan kelebihan. Jika rasul itu ada mukjizat, mursyid itu ada karamah atau kemuliaan, kelebihan istimewa diberikan Tuhan kepadanya, atas ketaqwaannya. Karamah itu ada dua bentuk. Ada karamah lahir. Ada karamah maknawi. Karamah lahir itu dia boleh berjalan atas air. Boleh hilangkan diri. Tetapi ini kurang penting berbanding karamah maknawi. Karamah maknawi itu adalah seperti;

  • · Boleh mendidik hati manusia dari jahat kepada baik 
  • · sangat sabar dengan karenah pengikut 
  • · lidahnya masin yakni bila bercakap orang akan dengar
  • · dia boleh mengetahui penyakit hati anak muridnya sebagai panduan mendidik
  • · Mendapat berita-berita ghaib sebagai panduan untuk bertindak

Sahabat ! itulah secara ringkasnya bagaimana kita mahu mengenali seorang guru mursyid...
Ana hanya mahu berkongsi apa yang ana tahu..
Dan yang pasti Dia itu lebih mengetahui...wallahu'alam...(n_n)

2 comments:

Hafriz Mohamad said...

input yg baik.. :)
syukran krn sudi berkongsi di sini.

Anna Syazanna said...

La syukran 'alal wajib ya akhi... =)