.

# # # # # - Aku Hanya Seorang Insan yang tak lepas dari dosa dan noda, dalam sedar mahupun tidak. Hanya taubat pengharapanku pada Nya - # # # # #

Friday, June 24, 2011

Dia genggam katamu...

"Sampai mana kau bertahan ?"
"Bila-bila pun..."
"Jangan kau rebah."
Ya, kan dia ingat kata-kata itu seperti kehendakmu, sampai bila-bila...
Biar apa pun yang datang menerjah, kan ditahan semuanya...
Takkan pernah dia cuba untuk merasa sakit...
Takkan pernah sesekali dia cuba untuk menitiskan air mata...
Kerana dia tidak akan pernah sesekali meletakkan kesalahannya atas seorang manusia yang bergelar insan...
"Biarlah kau beralah menjadi pembicara hebat, asal saja kau boleh berdiri teguh pada paksiNya."
Ya, kan dipegang setiap katamu itu sebagai satu amanat...
"Dia tahu apa yang terbaik dan Dia adalah sebaik perancang."
"Selalulah beringat, ikhlas adalah rahsia Allah." 
Bukan sekadar mengingat, tapi kan digenggam setiap katamu itu...
Malah kan disemat jua di dalam dada...

Katakanlah apa pun...
Kan dia tahan semuanya...
Kerana itu yang terbaik...

Biarlah dia yang bersalah di hadapan seorang insan...
Kerana dia tidak pernah menjaga hati seorang insan...
Dan kerana itu dia khuatir...
Sekiranya dia melukai hati seorang insan...

Kerana dia keliru...
Apa yang ada dalam sanubarinya...

Dan dia khuatir...
Sekiranya dia menghancurkan segenap hati seorang insan...
Kerana itu dia menafikan segala apa yang ada dalam sanubarinya...
Walau terkadang dia membenci perilakunya...
Kerana dia tahu kelukaan yang ada dalam hati seorang insan...

Biarkan dia sendiri menyepi...

Maafkan atas segala keterlaluannya...
Terima kasih atas semuanya...

Biarkan dia sendiri mencari erti peribadi hati...
Biarkan dia sendiri mencari erti jati diri...
Bila saatnya dia sudah benar-benar bersedia, Engkau berikanlah dia jalan...
Bila saatnya sudah tiba, Engkau cabutlah nyawanya...Allah~
"Muktamad."
Dan itu noktahnya...
Biarkan setiap kenangan itu bersemi dalam jiwanya...
Hingga saat nafasnya terhenti...



No comments: