.

# # # # # - Aku Hanya Seorang Insan yang tak lepas dari dosa dan noda, dalam sedar mahupun tidak. Hanya taubat pengharapanku pada Nya - # # # # #

Monday, November 7, 2011

Wahai sekalian...



Lelaki..
Bilamana ada insan yang menyayangimu..
Jangan kau ambil kesempatan atas kasih sayangnya..
Wanita..
Bilamana kau punya rasa sayang pada insan..
Jangan kau biar dia mempergunakan kesempatan yang ada..

Lelaki..
Bilamana ada insan menyayangimu..
Jangan kau perlakukan dia seperti hamba..
Seolah - olah dia tidak ketahui apa sebenarnya yang kau rasa..
Wanita..
Bilamana kau punya rasa sayang pada insan..
Jangan kau biar rasa sayang itu melebihi rasa cintamu pada Allah..
Hingga kau sanggup diperlakukan oleh dia yang entah siapa..

Lelaki..
Bilamana ada insan yang menyayangimu..
Jangan kau biar hatinya terluka kerana tingkahmu bersama yang lain..
Wanita..
Bilamana kau menyayangi seseorang..
Jangan sampai emosi mu melebihi rasa kasih dan sayang pada Allah...

Lelaki..
Bilamana ada insan yang ikhlas menyayangimu..
Ketahuilah..
Dia pasti akan memastikan kebahagiaan terpancar di wajahmu..
Biarpun dalam dirinya terselit kedukaan..
Takkan pernah sekali dia pamerkan..
Walau terkadang di ulit kemarahan..
Wanita..
Bilamana ada insan yang ikhlas menyayangimu..
Ketahuilah..
Dia pasti akan berlaku jujur denganmu..
Biarpun kejujuran itu melukakan jiwamu..
Walau dia tahu kau pasti akan pergi meninggalkan dia..
Asal saja dia tidak berpura - pura dalam mengenali dirimu..

Wahai Lelaki..
Engkau pemimpin..
Pimpinilah wanita yang engkau kenali..
Bukankah wanita perlu dilontar dengan lembut..
Jangan pula kau tambah merosakkan dia..
Didiklah dia dengan kebenaran..
Bukan sekadar kiasan dan hiasan..
Yang bisa menghancurkan dirinya..
Boleh jadi dia lelah dalam ujianmu..

Wahai wanita..
Engkau terlalu berharga..
Jangan kau menanti sesuatu yang tidak pasti..
Jangan kau berharap pada yang belum kau ketahui..
Jangan kau menghambakan diri dengan penuh setia..
Pada seseorang yang belum pasti menjadi pendampingmu..
Kelak kau yang akan merana..
Jangan kau tangisi mereka yang bukan lagi sesiapa bagi dirimu..
Kerana harga dirimu terlalu tinggi..

Wahai sekalian..
Fahami dan ketahuilah..
Terkadang apa yang dilakukan bukanlah apa yang dipinta untuk kepentingan diri..

Wahai sekalian..
Jika kau benar dengan dirinya..
Maka kau temuilah walinya..
Mintalah izin dari mereka..
Agar kau mampu menjadi yang halal bagi dirinya..
Bukan sekadar bermain kata..
Menabur janji yang mungkin tersia..

Wahai sekalian..
Jika kau benar dengan dirinya..
Terimalah ketidaksempurnaan dirinya..
Bukan sekadar melihat kesempurnaannya..
Jika kau benar dengan dirinya..
Bimbinglah dia ke jalanNya..
Bukan sekadar hadir tika sukanya..
Dan pergi bila datang dukanya..
Jangan kau biar dia terkapai - kapai..
Agar kau tak sesal..
Bila melihat dia pergi di depan mata..
Sedang memang kau tahu..
Dialah yang benar untuk kalian..
Jangan kau sesal..
Bila melihatnya di depan mata..
Dan kau tak mampu untuk berada disebelahnya..

* Bukankah jalan takdir itu sudah dia tentukan...
   Apa jua kepastian, adalah kehendak bagi diri Nya..
   Sesempurna mana pun rancangan insan..
   Sempurna lagi ketentuan Allah SWT...


Sebaik - baik cinta adalah cinta Allah.. Bila kau ikhlas mencintai Allah, nescaya Dia akan melabuhkan cintamu pada yang benar - benar cinta akan Nya.. Dan bila kau sudah mendapatkannya, jagalah ia sebaik dan semampunya agar kau tidak tunduk pada nafsu dan cinta manusia.. Kerana semulia - mulia penghambaan hanyalah di hadapan Allah SWT..

Macam first time.

Assalamualaikum,

Wahh, dah lama rasanya tak update blog. uhue~ almaklumlah, sebagai student. Syukran pada yang masih lagi tinjau2 blog nihh. Walaupun dah lama xupdate. huk2.

Urmm, terasa macam baru first time puler wat blog. Serius ! minda kosong. Bermacam idea muncul sebelum ni. Cuma xda kesempatan nak update. Tapi tapi tapi, bila dah sign in kaku pulak tak tahu nak buat ape. hehek.

Bertenang~!
Bukankah dengan bertenang segalanya akan jadi mudah.. =)

Mula2, tukar lagu. hehe. Juz nice to hear dis song. Luv it !
Layout ? umm, macam tak perlu. Lagipun xda la jemu sangat layout nihh. hee~

Post ! Post ! Post !
Tunggu ada idea. Mudah mudahan Dia beri ilham. Setelah banyak perkara yang Dia tunjuk pada hambaNya dalam setiap ujian yang Dia datangkan. Moga moga hati menjadi lebih ikhlas. InsyaAllah.

Friday, June 24, 2011

Dia genggam katamu...

"Sampai mana kau bertahan ?"
"Bila-bila pun..."
"Jangan kau rebah."
Ya, kan dia ingat kata-kata itu seperti kehendakmu, sampai bila-bila...
Biar apa pun yang datang menerjah, kan ditahan semuanya...
Takkan pernah dia cuba untuk merasa sakit...
Takkan pernah sesekali dia cuba untuk menitiskan air mata...
Kerana dia tidak akan pernah sesekali meletakkan kesalahannya atas seorang manusia yang bergelar insan...
"Biarlah kau beralah menjadi pembicara hebat, asal saja kau boleh berdiri teguh pada paksiNya."
Ya, kan dipegang setiap katamu itu sebagai satu amanat...
"Dia tahu apa yang terbaik dan Dia adalah sebaik perancang."
"Selalulah beringat, ikhlas adalah rahsia Allah." 
Bukan sekadar mengingat, tapi kan digenggam setiap katamu itu...
Malah kan disemat jua di dalam dada...

Katakanlah apa pun...
Kan dia tahan semuanya...
Kerana itu yang terbaik...

Biarlah dia yang bersalah di hadapan seorang insan...
Kerana dia tidak pernah menjaga hati seorang insan...
Dan kerana itu dia khuatir...
Sekiranya dia melukai hati seorang insan...

Kerana dia keliru...
Apa yang ada dalam sanubarinya...

Dan dia khuatir...
Sekiranya dia menghancurkan segenap hati seorang insan...
Kerana itu dia menafikan segala apa yang ada dalam sanubarinya...
Walau terkadang dia membenci perilakunya...
Kerana dia tahu kelukaan yang ada dalam hati seorang insan...

Biarkan dia sendiri menyepi...

Maafkan atas segala keterlaluannya...
Terima kasih atas semuanya...

Biarkan dia sendiri mencari erti peribadi hati...
Biarkan dia sendiri mencari erti jati diri...
Bila saatnya dia sudah benar-benar bersedia, Engkau berikanlah dia jalan...
Bila saatnya sudah tiba, Engkau cabutlah nyawanya...Allah~
"Muktamad."
Dan itu noktahnya...
Biarkan setiap kenangan itu bersemi dalam jiwanya...
Hingga saat nafasnya terhenti...



Monday, June 20, 2011

Allah, aku takut...

Bila hati menjadi gusar, hamba benar memerlukan...
Walau jauh jarak perjalanan namun di hati kan tetap selalu...
Walau jarang kelihatan tapi yakin kan sentiasa di sisi...
Tika saat hilangnya semangat, yakinlah...
Kerana Allah sentiasa ada...
Walau hati gentar menempuh segala...
Tabahlah, kerana Dia tahu segalanya...
Allah, aku takut....
Lindungilah aku.... (T_T)

Tuesday, June 14, 2011

Monday, June 6, 2011

Bicara apa lagi...

Salam sayang sahabat ! Lagu ni membawa erti yang amat mendalam...
Jadi ana letak liriknya sebagai post baru ana...
Hayatilah... ^__^

Janjiku, di suatu ketika...
Bahawa aku takkan menduakanmu...
Dan aku takkan biar sesiapa...
Cuba memalingku dari jalan bahagia...

Ternyatalah, perjalanan ini...
Tidak semudah yang ku tafsirkan...
Jalannya beribu, durinya berliku...
Jika tersilap langkah menyesal untuk selamanya...

Kasih andai cinta yang ku semai...
Rapuh menanti di tewas dugaan...
Maafkan aku kiranya tak tertanggung...
Segala harapan yang diberikan...
Maafkan aku yang tidak berdaya...
Kerna bukan niatku untuk melakukannya...

Kasih andai cinta yang ku semai...
Rapuh menanti di tewas dugaan...
Maafkan aku kiranya tak tertanggung...
Segala harapan yang diberikan...
Mungkinkan ada pengampunan dariMu...
Kembalikan fitrah kehambaan padaku...
Hinanya aku merayu padaMu...
Setelah kering dosa yang aku lakukan...
Maafkan aku yang tidak berdaya...
Kerna bukan niatku untuk melakukannya...

Selamat mengembara ke dalam blog ana ! (n_n)